Nama dikaitkan, Alif Satar tak selesa dipuji -“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa..”

Selebriti serba boleh, Alif Satar menyatakan dirinya ‘tak selesa’ apabila dipuji pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berhubung keperibadiannya seperti mana dimuat naik dalam aplikasi X, semalam.

“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je  yang Tok Abah (Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah) berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.
“Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!”ciapnya

 

Alif Satar tak selesa, segan dipuji daripada berita negatif orang

Penyanyi lagu Jangan Nakal ini berkata, dia bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima pujian seperti itu. Ini kerana dirinya merasakan masih mempunyai kekurangan, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan kisah negatif’ kehidupan seseorang.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga berkata, dia tidak berasa bangga dengan pujian diterima, termasuk namanya terbabit dalam isu rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial, Alif Teega, semalam.

“Saya segan sebab pujian itu mungkin datang daripada berita negatif orang lain. Ia mungkin kedengaran kelakar dalam media sosial, tapi kehidupan orang lain yang terjejas dan banyak hati terguris mengenainya.
“Netizen pun komen pedas dan kelakar. Tapi, saya tak suka komen sebab tak tahu apa nasib masa depan dan pengakhiran hidup saya pun tak tahu bagaimana,”ujarnya

Pun begitu, Alif bersyukur apabila menerima komen positif daripada pak4r motivasi terkenal namun dia meletakkan segala pujian hanya untuk Allah.

“Jadi, Fadzilah komen itu Alhamdulillah, tapi segala pujian itu semuanya bagi Allah. Saya sedikit pun tak rasa bangga dengan pujian. Orang boleh cakap apa-apa sama ada negatif atau positif.
“Saya tak berkenan jika pujian itu datang daripada berita tak baik orang lain. Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen bertanya bila saya bernikah lain,”ujar Alif Satar lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Tiada orang sempurna, syukur a1b masih ditutup

Tambah Alif, dia tidak seronok apabila pujian itu timbul daripada berita negatif orang lain kerana ia berkemungkinan memberi kesan kepada individu terbabit.

Alif berkata, dirinya tidak berani untuk komen berlebihan kerana tidak tahu nasib pada masa akan datang.

“Berat sebenarnya pujian itu, mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup a1b saya. Kalau aib saya dibuka macam mana?
“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini terjadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” katanya.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Penyanyi berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak terg4nggu dengan us1kan netizen dengan mengaitkan dirinya dengan isu terbabit kerana memiliki nama yang sama.

Sumber: BH Online (Affan Rostam)

Sumber via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*