[VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?

Nama pempengaruh media sosial, Alif Teega menjadi bualan panas warganet selepas membuat pengakuan berkahwin dua dengan seorang wanita yang dipercayai sebagai Fatin Umaidah Ramli.

Ia susulan tular sekeping gambar berserta maklumat pernikahan Alif bersama isteri kedua dikenali sebagai Fatin Umaidah sebagai pasangan pengantin yang dimuat naik oleh akaun @pkissNaera di aplikasi X.

Alif Teega didakwa nikah di Songkhla

 

Terbaru, tular satu gambar yang memaparkan Alif bersama isteri kedua beserta maklumat perkahwinan. Berdasarkan foto itu, tertera nama penuh Alif dan Fatin Umaidah sebagai pengantin lelaki dan perempuan.

Selain itu, tarikh akad nikah mereka juga tertulis iaitu pada 21 November 2023 dalam kertas yang bertajuk ‘Gambar Pasangan Berkahwin’.

Bukan itu saja, turut didedahkan tempat akad nikah di mana Alif dan Fatin Umaidah disatukan sebagai suami isteri iaitu di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

Difahamkan, Alif dan Aisyah baru menyambut ‘anniversary’ perkahwinan mereka yang keenam pada 25 November lalu dengan menitipkan dedikasi penghargaan di laman Instagram masing-masing.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Pada petang Ahad, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitn4h terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipuk0l oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.

Sumber: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*