Bukan tam4k, Hidayah minta Ali Puteh bayar hutang – “Duit tu untuk anak saya”

BaIu kepada pelawak dan pelakon, Allahy4rham Abam Bochey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali sekali lagi mengingatkan adik iparnya Ali Puteh untuk membayar wang sam4n sekali gus menamatkan sengk3ta antara mereka berdua.

Menerusi satu temu bual bersama Melodi, Hidayah mendedahkan bahawa pihak Ali masih belum membuat apa-apa bayaran untuk melangsaikan hutang.

 

@melodiberapi “Saya mohon bayar hutang bukan untuk saya tapi untuk Hamzah” – Hidayah, balu arwah Abam Bocey. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral #tv3 #aliputeh #hidayahabam ♬ original sound – Melodi

Menurut peguam Hidayah, pihak Ali ada membuat tawaran untuk menyerahkan beberapa buah motosikal bagi membayar hutang tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Namun, usahawan wanita itu tidak dapat menerima pertukaran tersebut kerana jumlah keseluruhan motosikal berkenaan lebih rendah berbanding jumlah hutang Ali.

Oleh kerana itu, pihak Hidayah pula memberikan tawaran kepada Ali untuk membuat sejumlah pembayaran dan baki hutangnya yang lain boleh dibayar secara ansuran.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada maklum balas daripada pihak Ali sekiranya bersetuju atau tidak berhubung tawaran terbabit.

Wanita berusia 31 tahun berkata, dia berharap Ali yang juga pelawak dapat melangsaikan hut4ng yang ‘tergendala’ sebelum membawa haluan masing-masing.

Dalam pada itu, dia juga berkata hanya mahu menuntut hak anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia empat tahun dan bukannya kerana tamak.

“Harapan saya cuma dia selesaikan apa yang perlu dia lunaskan dan kami akan buat haluan masing-masing.
“Perkara ini sudah berlarutan dan dari pihak saya pun tidak mahu bermu.suhan kerana Hamzah pun anak saudara dia juga

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

“Saya mahu minta hutang saja. Hutang itu untuk anak saya bukan saya. Saya tidak tamak pun sebab saya pun ada harta sendiri, saya ada perniagaan saya sendiri,” katanya.

Tambahnya, jika dapat dielakkan dia tidak mahu perkara tersebut terjadi kerana Allahyarham suaminya pasti berasa sedih melihat perkara itu berlaku.

“Saya nak yang terbaik, kalau boleh saya tak nak perkara itu terjadi sebab arw4h akan sedih juga. Anak pun masih kecil, kalau boleh biarlah berbaik bersama keluarga di sana.
“Kepada adik ipar saya Ali, saya doakan perniagaan dia semakin berjaya. Bila dah berjaya, bayar je hutang saya sebab saya tak nak berpanjangan kes ni,” ujarnya.

Sekadar info, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020.

Pada Mei 2020, Hidayah memf4ilkan sam4n f1tnah terhadap Ali berhubung kenyataan di media sosial yang menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.

Dua tahun selepas itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memu.tuskan Hidayah menang kes berkenaan dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Sumber: TikTok Melodi, Instagram Nor Hidayah & Ali Puteh

Sumber via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*