Adik Aisyah Hijanah tak t4kut diugvt sam4n, cabar Alif Teega bersemuka

Adik kepada pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam mencabar abang iparnya Alif Teega untuk bersemuka dengan keluarganya.

Menerusi satu muat naik di InstaStory, Amirul mengucapkan terima kasih kepada individu yang menangkap layar perkongsian Alif di Instagram.

Adik Aisyah Hijanah cabar Alif Teega bersemuka

“Terima kasih kepada yang dah screenshot (tangkap layar) kenyataan dia. Macam ni la ya nak ugvt sam4n? Adakah sam4n m4lu? Baru tahu erti m4lu,” tulisnya semalam.

Amirul berkata, abang iparnya yang berusia 29 tahun itu sepatutnya sudah bersedia untuk menerima ris1ko dan kesan selepas membuat sebarang perkongsian di media sosial.

Pada masa yang sama, dia juga mencabar Alif yang juga pempengaruh media sosial untuk bertemu dengan ahli keluarga dan berbincang secara profesional.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Bila dah sedia untuk berkongsi sesuatu di media sosial, awak juga kena bersedia untuk terima risiko dan kesan! Tolong jadi bijak dalam isu ini. Datang sini dan bincang dengan kami secara profesional.
“Jumpa umi dan keluarga Aisyah di sini dekat rumah secara berdepan,” katanya

Dalam pada itu, Amirul juga sempat menyindir abang iparnya dengan berkata sekiranya Alif mempunyai ‘keluarga lain’ sebagai tanggungjawab baharu.

“Atau dah ada keluarga baharu sebagai tanggungjawab awak?” sindirnya.

Terdahulu, Alif menyifatkan tuduhan adik iparnya adalah fitn4h semata-mata selain akan mengambil tind4kan undang-undang walaupun memb4bitkan ahli keluarga sendiri.

Terdahulu, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan telah bernikah dua menerusi sebuah hantaran di Instagram sehingga menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen.

Sumber: Instagram Amirul Adni Rustam & Aisyah Hijanah

Sumber via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*