“Zaman Sekarang Kalau Boleh Atas Katil Pun Nak Tunjuk Terpaling Suami Sayang, Semua Benda Jadi Konten” – Rita Rudaini

Melalui Instagram Story pelakon jelita, Rita Rudaini, dia meluahkan rasa kurang senang melihat sesetengah pasangan zaman sekarang terlalu menunjuk kebahagiaan rumah tangga dalam media sosial.

Kata Rita, kebahagiaan yang ditunjukkan oleh pasangan di media sosial hanya dijadikan sebagai konten demi meraih pujian ramai.

Zaman sekarang, semua benda nak tunjuk. Kalau boleh atas katil pun nak tunjuk.

Bahkan, turut merasakan apabila sudah terlalu menunjuk, pasti akan timbul perasaan ingin menunjuk-nunjuk dan riak.

Susulan itu, aktres terbabit meninggalkan pesanan kepada pasangan di luar sana untuk bersederhana apabila berkongsikan kehidupan harian dalam media sosial.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*