‘Saya Harap Satu Hari Nanti Akan Jumpa Lelaki Yang Lebih Baik, Sekarang Tempuhi Sahaja’ – Aisyah Hijanah

Polemik yang melanda rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah terus menjadi topik bualan hangat netizen hingga ke hari ini.

Jumpa yang lebih baik

Isu tersebut telah menyorot perhatian ramai pihak termasuk pelakon Siti Khadijah.

Menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah hantaran di Instagram milik Aiysah, Siti Khadijah dilihat memberikan kata-kata semangat buat pempengaruh itu.

Aisyah awak layak menerima yang lebih baik, insya-Allah.

Sementara itu, Aisyah dilihat membalas komen tersebut dengan mengatakan dia berharap satu hari nanti akan menemui pasangan hidup yang lebih baik.

Saya sangat berharap suatu hari akan jumpa seseorang yang lebih baik apabila tiba waktunya.

Untuk sekarang, saya akan cuba hadapi dan lalui semua masalah ini, terima kasih Khadijah.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berasa sedih dengan kata-kata Aisyah dan merasakan ada sesuatu yang disembunyikan dalam hatinya.

Dalam pada itu, wargamaya turut mendoakan agar kata-kata Aisyah dimakbulkan kelak.

Terdahulu, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitn4h terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah menerusi hantaran di Instagram Story turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

 

Sumber via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*