Tak Basuh Lebih 200 Baju Show, Aina Abdul Mahu Buat Galeri Satu Hari Nanti- ‘Pada Saya Baju Itu Hidup’

Penyanyi terkenal, Aina Abdul mendedahkan dia masih menyimpan busana mega yang diperagakannya sewaktu melakukan persembahan di hadapan khalayak ramai sebelum ini kerana merasakan baju-baju tersebut mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.

Tak akan basuh baju

Ketika ditemui OhBulan!, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia sama sekali tidak akan menjual baju-baju tersebut kerana itu adalah kenangan buatnya sebagai seorang yang bergelar penyanyi.

Rasanya, saya dah ada lebih 200 pasang semuanya dan saya sama sekali tak akan jual sebab itu adalah kenangan.

Malah, baju-baju tu saya tak basuh pun sebab dia ada nilai sentimental yang tersendiri sebab bagi saya baju-baju tu ‘hidup’.

Jumlah 200 pasang baju itu adalah dikumpul dari kemunculan awal saya mula memperagakan fashion pelik di kaca televisyen.

Aina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Tambah pelantun lagi ‘Sepi’ itu lagi, dia merancang untuk menempatkan kesemua koleksi bajunya itu di dalam satu galeri yang sama untuk tatapan peminat.

Baju-baju ikonik saya yang saya pakai di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke, di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke saya tak akan sentuh semula (retouch). Macam mana saya pakai, macam mana saya tinggalkan baju itu, macam itulah keadaannya.

Saya juga rancang satu hari nanti, saya nak adakan galeri saya sendiri. Saya dah perhabis ratusan ribu untuk baju-baju tersebut jadi tak salah untuk kita buat duit satu hari nanti.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*