Abang Viva & Isteri Saling Berbalas Status? Apa Yang Belaku Sebenarnya? “Cari La Yang Lebih Baik”

Status rumah tangga pempengaruh Abang Viva tiba-tiba menjadi perbincangan dalam kalangan netizen apabila dia dan isteri masing-masing berbalas status di platform TikTok.

Hal tersebut bermula apabila isterinya, Evanoza Zakaria terlebih dahulu memuat naik status berkenaan dengan peng0rbanan, selain menyatakan rasa pen4t yang tidak terhingga.

Kemudian, Abang Viva pula berbuat hal yang sama, dengan menekankan tentang isu apa dilihat dari luar tidak sama dengan apa yang ada di dalam diri. Bagaimanapun, video berkenaan telah pun dipadam

Mereka suami isteri turut berbalas komen dan mengajak sesama sendiri bersiaran langsung bagi menjernihkan keadaan.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut yang menzahirkan rasa risau dan berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan cara baik.

Untuk rekod, Abang Viva dan Eva mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022.

Sumber Gempak via TTK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*