Bapa jadi wali nikah Bunga Citra Lestari, resort mewah dikawal ketat untuk majlis petang ini

PENYANYI Bunga Citra Lestari (BCL) bakal melangsungkan pernikahannya bersama lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Tiko Aryawardhana pada petang Sabtu.

Menurut Ketua Daerah Badung, Bali, Syahrul Muharam mendedahkan bapa BCL akan menjadi wali pada majlis perkahwinan anak perempuannya.

Kata Syahrul lagi, segala persiapan telah siap dan hanya menunggu waktu untuk pasangan itu disatukan.

BCL, Noah bersama ibu bapanya.

“InsyaAllah bapanya (BCL) akan menjadi walinya. Kami tidak boleh kongsi lanjut mengenai tempat pernikahan mereka kerana itu adalah priv4si,” katanya.

Sementara itu, sebuah resort mewah dipercayai Amankila, Bali, menjadi tempat pasangan berkenaan disatukan.

Malah BCL juga dikatakan telah menempah kesemua bilik di resort berkenaan bagi kesemua tetamunya bagi menjaga ker4hsiaan majlis pernikahan.

Majlis perkahwinan antara BCL dan Tiko dipercayai hanya dihadiri oleh sahabat dan keluarga terdekat seramai 100 orang.

Tidak hanya itu, pengawal keselamatan resort juga melar4ng mana-mana media untuk membuat liputan dan hanya membenarkan tetamu majlis perkahwinan sahaja untuk masuk ke pekarangan hotel.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf mninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur ak1bat ser4ngan j4ntung.

Sementara Tiko pula merupakan bapa kepada tiga orang anak dan telah bercer4i pada 2021.

Sumber via Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*