Mahu Anak Cemerlang Dalam Pelajaran, Scha Al Yahya Akui Diri Tegas

Pelakon dan pengacara yang cantik, Scha Al-Yahya, mendedahkan keputusan yang sangat tegas dalam menitikberatkan soal pendidikan anaknya, Lara Alana. Meskipun demikian, Scha menyatakan bahawa dia pernah terfikir tentang apakah dia terlalu tegas terhadap Lara dalam hal pendidikan.

Scha, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, berkata bahawa dia mulai merenungkan hal tersebut setelah Lara pernah menangis hingga tidak ingin pulang ke rumah karena takut menunjukkan hasil peperiksaannya kepada ibunya.

“Saya sentiasa mengambil berat mengenai akademik Lara tapi kadang-kadang tu saya rasa macam, ‘Adakah saya terlalu berkeras dengan dia?’…” – Katanya

“Pernah sekali dia takut nak balik rumah dan menangis sebab dia kata dia takut untuk tunjuk keputusan peperiksaan dia pada saya….” – Katanya lagi

“Benda itu buatkan saya terfikir kenapa dia sampai takut begitu kan? Nak kata saya terlalu gar4ng dengan dia itu tidaklah. Saya ni memang gar4ng tapi tak adalah sampai nak mend3ra tu, tidaklah…” – Tambahnya

Scha memperkongsikan pengalamannya ini ketika diwawancara semasa pelancaran produk Glade Essences Elite di The Swimming Club, The Kuala Lumpur Journal Hotel pada petang Khamis

Pelakon filem ‘Histeria’ itu juga menyatakan bahawa dia tidak akan mengatur cita-cita untuk Lara, tetapi akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam proses pembelajarannya

Pada saya, saya nak dia fokus bab akademik ni. Lara nak jadi apa bila besar nanti itu terpulang pada dia, tapi selagi saya ada tanggungjawab untuk mendidik dia, saya akan buat sebaik mungkin…” – Jelasnya

“Dah habis sekolah nanti, ‘Girl you are on your own’. Apa sekali pun dia nak jadi nanti, dia boleh buat keputusan sendiri…” – Jelasnya lagi

Lihat Posting di bawah:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Sumber: Instagram, Oh Bulan! via sinetron malaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*