Noh Salleh Akhirnya Dedah Wajah Anak, Ucapan Hari Lahir Undang Sebak – ‘Musa, Semoga Allah Satukan Kita’

Anak kepada penyanyai Noh Salleh iaitu Musa menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2, hari ini

Dedah wajah anak

Sempena hari cukup bermakna itu, Noh menerusi hantaran di Instagram menitipkan ucapan istimewa buat anak tercinta.

Selamat hari jadi ke-2 Musa Mohammad Noh. Rindu benar bapak dengan kamu

Allah sahaja tahu betapa sakit menahan rindu mahu jumpa.

Semoga Allah satukan kita nanti jadi kamu dapat layanan seorang bapa yang betul.

Menerusi perkongsian sama, Noh turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dia sedang mendukung Musa sekali gus menjadi gambar pertama yang mendedahkan wajah anaknya

Ini kerana, Noh dan bekas isteri iaitu aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tidak pernah berkongsi wajah anaknya dalam media sosial masing-masing.

Untuk rekod, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman, 40, pada Julai 2011, namun bercer4i awal Ogos tahun lalu.

Pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat bernama Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April 2022.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38, kemudian berkahwin dengan Fatin Athirah Mustapa yang juga seorang peguam pada September 2023.

Manakala, Mizz Nina pula mengumumkan sudah menamatkan zaman jandanya bersama seorang penyanyi rap Australia bernama Muhammad Ehsan pada Jun 2023.

Sumber via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*