[VIDEO] Aisyah Hijanah Terima Ros Merah Berharga RM1.6K, Peminat Misteri Munculkan Diri

Tular baru-baru ini, personaliti media sosial Aisyah Hijanah menerima sejambak bunga ros merah daripada individu misteri sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet.

Sally Whoo buat pengakuan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, individu yang mengirim bunga tersebut iaitu pempengaruh, Sally Whoo tampil membuat pengakuan dan menjelaskan tentang perkara sebenar.

Aku nampak satu hantaran dekat TikTok, pasal bunga Aisyah Hijanah dapat. Aku nak beritahu bunga tu daripada aku, aku yang bagi.

Sally juga mendedahkan perbualannya bersama penjual bunga tersebut dan bukti pesanan sejambak ros merah itu yang ditempah khas buat Aisyah.

Aku boleh buktikan dekat korang yang aku bagi bunga dekat Aisyah. Ini semua perbualan aku dengan orang yang hantar bunga tu.

Bercerita lanjut, Sally berkata dia terlupa untuk menulis namanya pada kad ucapan sehingga menimbulkan salah faham tentang kiriman istimewa tersebut.

Aku WhatsApp je kedai bunga tu dan dia hantarkan. Bunga tu dihantar ke butik Aisyah dan aku dah beritahu Aisyah tapi aku tak beritahu barang apa..dekat nota tu aku tak letak nama aku.

Sebenarnya aku tak nak beritahu orang pun yang aku bagi bunga dekat Aisyah. Tapi aku kena buat video ni untuk terangkan keadaan sebenar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha Sally yang berniat untuk mengembirakan Aisyah dan mengagumi tindakannya yang mahu menjernihkan keadaan bagi mengelakkan fitn4h.

Terdahulu, kec0h diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitn4h terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

 

@sallywhoo Sekadar nak clearkan keadaan Sorry la lupa tulis nama @aisyahhijanah ♬ original sound – Sallyforshort

Sumber: TikTok Sally Whoo

Sumber OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*