“Berusia 19 tahun, pempengaruh ‘trade in’ beli kereta Mercedes -“Bayar tunai RM170k”

Pempengaruh media sosial, Nurin Lofa tidak menyangka dapat ‘beli’ kereta impian jenama Mercedes Benz pada usia 19 tahun. Ia sekali gus menjadi penutup terindah 2023 buat dirinya.

Pempengaruh, Nurin Lofa beli kereta secara tunai

Memetik portal mStar, pemilik nama Nurin Lofa Adrianna Kira baru sahaja membeli kereta tersebut pada Khamis lalu dan sebelum ini pernah membeli dan menukar kereta pada tahun 2021.

“Kereta ini baru diambil Khamis lepas. Masa tahun 2021, saya ada beli Toyota Vellfire, tapi pakai dalam lima bulan sahaja, kemudian saya jual.
“Selepas itu, saya beli Honda Jazz. Tapi, biasalah kereta secondhand, susah sikit nak guna untuk jalan jauh. Selepas itu, saya fikir untuk beli kereta baharu, nak upgrade sikit daripada Honda. Jadi, saya pilih Mercedes Benz CLA180,”ujarnya

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@nurinlofa)

nurin berkata, pada awalnya dia membuat perkiraan terlebih dahulu sebelum membeli kereta mewah tersebut kerana dirinya bukanlah pengasas mana-mana produk kecantikan.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk membeli kereta secara tunai  selepas menjual Honda Jazz miliknya sebelum ini

“Saya risau juga dari segi maintenance. Tapi bila survey, ia lebih kurang sama dengan Honda juga. 
“Jadi, saya beli Mercedes itu pada harga RM170,000. Saya beli cash. Ramai orang tak tahu, saya tolak Honda Jazz, trade in untuk beli Mercedes,”kata Nurin.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@nurinlofa)

dia meraih pendapatan daripada hasil bergelar model, duta produk dan membuat reviu dengan menggunakan media sosial miliknya.

Katanya lagi, dia memasang impian untuk memiliki perniagaan dan produk sendiri selain membuka carwash atau khidmat kereta sewa.

Minta netizen beri teguran secara berhemah

Dalam pada itu, Nurin mendedahkan dirinya tidak terlepas daripada menerima kecaman dalam kalangan warganet selepas berkongsi pencapaiannya.

Namun, Nurin meminta orang ramai agar lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen kerana segalanya akan dihitung kelak ‘di sana’.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*