“Memang Patut Cur4ng, Tak Reti Jaga Adab” – Isteri Hempuk Ulang Kali Sebab Kant0i Cur4ng, Tapi Ramai Lelaki ‘Back-Up’ Si Suami

Sedia maklum, sejak akhir-akhir ini, berita curang sering kali kita dengari berlaku dalam rumah tangga seseorang tidak kira daripada kalangan netizen biasa ataupun dalam industri seni.

Terbaru, satu video di platform X yang memaparkan seorang wanita memukul individu lelaki yang didakwa suaminya akibat curang telah mencuri perhatian ramai.

Kelihatan wanita terbabit mengambil dulang makanan, lalu memukul suaminya berulang kali di sebuah restoran.

Namun begitu, apabila melihat komen-komen yang ditinggalkan oleh beberapa netizen, mereka tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu

Dalam pada masa yang sama, ramai juga kaum lelaki memerli si isteri dengan menyifatkannya terlalu garang serta setuju tindakan si suami berlaku curang.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih hampir 4000 tanda suka dan sebanyak 1 juta tontonan yang diterima

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*