[VIDEO] “Mungkin Aku Belum Cukup Baik Untuk Kau”..Abg Viva & Isteri Berbalas Status

Status rumah tangga pempengaruh Abang Viva tiba-tiba menjadi perbincangan dalam kalangan netizen apabila dia dan isteri masing-masing berbalas status di platform TikTok.

Hal tersebut bermula apabila isterinya, Evanoza Zakaria terlebih dahulu memuat naik status berkenaan dengan pengorbanan, selain menyatakan rasa penat yang tidak terhingga.

“Mungkin Aku Belum Cukup Baik Untuk Kau.., Cari La Yang Lebih Baik..

Kemudian, Abang Viva pula berbuat hal yang sama, dengan menekankan tentang isu apa dilihat dari luar tidak sama dengan apa yang ada di dalam diri. Bagaimanapun, video berkenaan telah pun dipadam.

Apa yang berlaku di sebaliknya orang tak tahu, contohnya ________..Taknak cakaplah

Mereka suami isteri turut berbalas komen dan mengajak sesama sendiri bersiaran langsung bagi menjernihkan keadaan.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut yang menzahirkan rasa risau dan berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan cara baik.

Antara komen:

Video

Untuk rekod, Abang Viva dan Eva mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*