[VIDEO] Hanya lapik kain? Ramai terkejut tengok babak civm Hun Haqeem & Daiyan Trisha

Babak cium Hun Haqeem dan Daiyan Trisha yang hanya berlapik kain dalam drama bersiri W Two Worlds nampaknya tidak disenangi ramai.

Adegan pun lain macam ye
Mana tidaknya, potongan video babak tersebut dilihat tidak bersesuaian dengan norma masyarakat tempatan lebih-lebih lagi kedua-dua pelakon beragama Islam.

 

babakcium Hun Haqeem & Daiyan dihalang kain

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat yang Hun dan Daiyan seolah-olah tidak sengaja bercivm namun terhalang oleh sehelai kain yang kebetulan dilayangkan ke arah mereka.

Adegan tersebut dikritik ramai susulan rakaman terbabit dimuat naik semula ke akaun X seorang pengguna media sosial dikenali sebagai feeragreen

komen negatif babak ci0m Hun & Daiyan
Pastinya perkongsian tersebut dihujani dengan pelbagai komen negatif dan mempertikaikan jalan cerita sebegitu untuk tayangan kepada masyarakat Malaysia.

Ada juga yang bertanya mengapa tidak mengubah sedikit jalan cerita dari cerita asal supaya tiada adegan tersebut memandangkan drama itu adalah adaptasi dari drama bersiri luar negara.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*