[VIDEO]Syada Amzah kongsi video nyanyi lagu Arab, netizen cadang ceburi bidang lain

Perkongsian video Syada Amzah nyanyi lagu Arab nampaknya kurang disenangi netizen di media sosial. Mana tidaknya, video yang dimuat naik ke media sosial menerima banyak komen negatif walaupun tidak semua memberikan kec4man.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Ramai komen di video Syada Amzah nyanyi lagu Arab

Video Syada menyanyi lagu berbahasa Arab telah mendapat komen yang kurang sedap dibaca apabila masing-masing merasakan ada yang tidak kena dengan penampilan penyanyi terbabit.

Tangkapan layar komen yang dibuat netizen di video nyanyian pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah telah dikongsikan semula satu akaun X dikenali sebagai IniAlalalannn di aplikasi tersebut.

 

Netizen berdekah dengar Syada Amzah nyanyi?

Ada juga komen yang diperoleh dari perkongsian tersebut meminta agar adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah untuk tidak terlalu menunjukkan bakatnya ataupun cuba menceburi bidang lain selain bernyanyi.

Brutal ea komen-komen di video Syada Amzah nyanyi

“Bakat terpend4m, sebaiknya pend4m saja”

Ada yangsuruh ceburi bidang F&b

Ramai lagi yang suka sebenarnya

Namun begitu, penerimaan pendengar mungkin berbeza kerana ada sahaja yang memuji suara bekas peserta program Big Stage itu selain merasakan suaranya sesuai untuk lagu berbahasa Arab disamping dapat memperbaiki lagi lengg0k lagu berkenaan

Sedap je dengar, kena lebih ‘lepas’

Sedap la, takkan nak sama macam penyanyi asal pula

Lagi elok netizen guna media sosial sebarkan awareness

Walau bagaimanapun, menerusi Insta Story Syada, dia dilihat tidak ambil pusing segala kec4man terhadapnya dan meminta agar orang ramai menggunakan media sosial masing-masing untuk menyebarkan s0lidariti kepada negara bergolak daripada sibuk berfikiran negatif terhadap dirinya

Sumber: Instagram syadaamzah, X IniAlalalannnn

Sumber via omm

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*