Dah Bercer4i Pun Boleh Kongsi Syampu Dan Akaun Netflix, Hubungan Baik Jovian Mandagie Dan Bekas Isteri Raih Pujian Ramai

Berita perceraian pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie bersama isteri, Datin Nina Ismail Sabri semalam telah menggemparkan industri hiburan Malaysia.

Difahamkan, kedua-duanya telah berpisah secara baik sekitar bulan Ogos yang lalu.

Berita perpisahan itu turut dikongsikan Jovian dan Nina di ruangan media sosial masing-masing dan menerima doa yang terbaik daripada orang rama.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

Malah, kedua-duanya kelihatan mesra meskipun tidak lagi bergelar suami isteri apabila mereka berbalas komen di ruangan hantaran pengumuman itu.

Kata Nina, meskipun sudah bercerai, Jovian masih lagi menggunakan akaun Netflix dan juga shampu serta minyak argan milik Nina.

Kekal sebagai sahabat baik demi kesejahteraan anak, Jovian memaklumkan bahawa dia akan terus menjalinkan hubungan baik bersama Nina.

Sekadar info, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia 6 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*