Makcik Kemboja & Anak Lelaki Bakal Did4kwa Esok, Di Mahkamah Melaka

Makcik Kemboja iaitu Mariyah Yaakob dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, esok, selepas tular video mendakwa orang Melayu pemalas.

Makcik Kemboja & anak lelaki didakwa.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, Makcik Kemboja tidak keseorangan kerana anak lelakinya Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22 tahun, juga akan dituduh.

Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara adalah mendakwa kedua-dua individu terbabit pada esok.

Wanita berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Dalam pada itu, Wira Zainol menyatakan kes berkenaan akan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan dirujuk kepada Pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya.

Dalam siasatan kes itu, polis turut menyoal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain yang boleh membantu siasatan lain selain wanita itu.

Pada 27 November lalu, usahawan berpangkalan di Johor Bahru itu membuat permohonan maaf dalam sidang media susulan video tular berhubung kenyataannya yang mengaitkan Melayu malas sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*