Siti Nordiana Tak Jadi Sam4n, Kes Lima Sekawan Berakhir

Kes sam4n fitn4h bernilai RM2.5 juta antara penyanyi Siti Nordiana dan lima sekawan telah menemui jalan penyelesaian setelah hampir dua tahun melibatkan mahkamah. Mereka dilaporkan telah bermaaf-maafan, dan perkara tersebut telah disahkan oleh peguam Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin.

Peguam tersebut menyatakan bahawa perbicaraan tidak dapat diteruskan kerana terdapat perbincangan antara Siti Nordiana dan lima defendan, yang bertujuan menyelesaikan isu di antara mereka dengan baik. Persetujuan tersebut diumumkan secara terbuka di hadapan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

“Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi…” – Hakim

Hakim Mohd Johan menitipkan pesanan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dilontarkan. Lima sekawan, termasuk penyanyi Lan Solo dan isterinya Syura Badron, bersama dengan Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad, membuat permohonan maaf dan Siti Nordiana juga tampil memohon maaf, menyatakan bahawa dia telah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini

Kontr0versi bermula ketika lima sekawan itu membuat pendedahan yang mencem5rkan nama baik melibatkan konflik dengan Siti Nordiana semasa sesi Instagram Live pada 20 Julai 2021. Kes ini sekarang telah menemui penyelesaian melalui perjanjian bermaaf-maafan di mahkamah.

Lihat klip video di bawah:

 

Sumber: Instagram

Sumber Sinetronmalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*