Bapa Zayn Rayyan pengs4n terima khabar dvka kem4tian anak, netizen zahir rasa hiba – “Bermainlah kamu di taman syurga”

HARAPAN Zaim Ikhwan untuk dipertemukan semula dengan anak istimewanya, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hilang sejak Selasa tengah hari akhirnya ‘tercapai’ pada Rabu malam.

Namun, sudah tertulis takdir kan4k-kan4k aust1sme itu ditemukan tidak berny4wa di sebatang anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor

Khabar duka penemuan m4yat kanak-kanak berusia enam tahun itu menyebabkan bapanya Zaim Ikhwan, 28, pengsan sebelum dia dan isterinya ditenangkan oleh ahli keluarga serta jiran tetangga.

Menerusi video yang dikongsi, kawasan parkir Apartment Idaman dipenuhi kira-kira 100 orang yang turut berdvka dengan pemergian kanak-kanak itu.

Malah, suara t4ngisan serta laungan Allahuakhbar turut bergema, menzahirkan emosi keluarga serta jiran tetangga yang masih terkejut akan kem4tian Zayn Rayyan.

Terdahulu, mStar melaporkan kanak-kanak aut1sme Zayn Rayyan yang hilang sejak Selasa tengah hari ditemukan mninggal dunia di sebuah anak sungai pada pukuI 10 malam Rabu.

Penemuan mayat kanak-kanak itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudid Abdul Hamid yang berada di lokasi kej4dian.

Sebelum itu, mStar melaporkan m4ngsa hilang sejak Selasa dan kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai pada pukuI 12 tengah hari.

Operasi mencari m4ngsa di sekitar kawasan kediamannya digerakkan oleh penduduk setempat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Di Instagram mStar, ramai netizen turut menzahirkan rasa simpati susulan berita penemuan may4t kanak-kanak itu.

“Sedihnya berita ni. Dari semalam menunggu. Bermainlah kamu di taman syurga.

“Ya Allah besarnya ujian keluarga ini. Semoga tabah dan kuat.

“Al-Fatihah. Semoga adik Zayn tenang di sana. Anak syurga,” tulis beberapa netizen

Sumber mstar via ttk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*