Zizan Razak Puji Keberanian Kaka Azraff – ‘Allah Tahu Niat Kita, Tapi Jangan Sampai R0sakkan Kerjaya’

Pelakon yang juga pelawak terkenal, Zizan Razak ‘puji’  kelantangan suara penyanyi Kaka Azraff yang berani ‘hent4m’ kekej4man Isr4el sehingga menjejaskan karier seni bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak berkata, dia puji Kaka Azraff selain menyatakan setiap individu mempunyai cara berlainan dalam menunjukkan solidariti mereka terhadap Palestin.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang Long Fadil 3 menasihati agar mana-mana selebriti mahupun pempengaruh berfikir panjang mengenai impak yang bakal peroleh.

“Pada saya strategi itu terletak pada tangan kita, kalau kita nak perjuangkan sesuatu itu dalam rumah orang lain yang bukan hak milik sendiri, kita harus berjaga-jaga.
“Kena fikir sama ada perlu lantang bersuara atau tidak, jangan sampai merosakkan kerjaya kita.
“Allah tahu niat baik kita, Allah tahu kepada siapa yang kita mahu tujukan. Bagaimanapun saya memuji tindakan Kaka yang lantang bersuara,” katanya.

memetik laporan Hib Glam, selebriti berusia 39 tahun itu berkata, dirinya lebih suka tidak menunjukkan semangat solidariti kepada khalayak.

Dalam pada itu, Zizan juga meluahkan rasa kasihan pada nasib menimpa rakan selebriti, Kaka Azraff. Namun, dia percaya urusan rezeki seseorang telah pun ditetapkan oleh-Nya.

“Saya pun berjihad tapi saya tidak uar-uarkan kepada umum. Saya dah jalankan tanggungjawab saya, bagi saya itu sudah cukup.
“Bila mendengar cerita pasal Kaka saya rasa kasihan pada dia, tapi rezeki milik Allah, kalau rasa itu terbaik untuk dia, terpulanglah,” katanya lagi.

 

Terdahulu, media melaporkan syarikat rakaman Warner Music telah menamatkan kontrak pelatun lagu GiIa atas sebab penggunaan bahasa yang kasar ketika meninggalkan komen secara mesej langsung (DM) kepada pelakon Australia pro-Isr4el, Nathaniel Buz0lic.

“Israel yang mulakan per4ng ini. Isr4el rampas tanah mereka (orang Pal3stin) dan sekarang mereka bertindak seperti mereka m4ngsa?
“Hitler sepatutnya bun0h semua orang Israel,” kata Kaka.

Susulan tindakannnya itu, maklumat Kaka termasuklah sebagai artis dibawah naungan Warner Music telah dimuatnaik ke Instagram pro-Yahudi, Jew Hate Database.

Ramai netizen pro-Isr4el menyer4ng akaun Instagram Kaka di ruangan komen disamping menggesa Warner Music untuk menyingkirkan penyanyi itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*