Zarina Zainuddin Beri ‘Hint’ Azal Sudah ‘Berpis4h’ Dgn Rahmah?-“Saya Dah Redha…”

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin sebelum ini pernah menceritakan mengenai anak lelakinya, Azal yang sedang mengenali hati budi seorang wanita asal Indonesia yang dikenali sebagai Rahmah.

Azal Dengan Rahmah Berpis4h?

Walaubagaimanapun, Zarina menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik tangk4p layar perbualan Rahmah bersama Azal yang mahu memulangkan semula cincin dan gelang kerana Azal dikatakan telah melupakan dirinya dan tidak pernah bertanyakan khabar.

“Azal lupa dengan saya ya? Tak pernah ada khabar. Nanti saya kembalikan cincin yang Azal beri ya.”-tulis Rahmah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Saya Pun Redha, Biarlah Azal Dengan Saya Selamanya…”

Menurut Zarina, dia sudah tidak mahu meletakkan sebarang harapan, malah dia turut menerima takdir yang sudah tertulis untuk Azal setelah Rahmah kembali pulang ke Indonesia.

“Patutlah Rahmah pulangkan cincin dan gelang yang Azal beri. Azal tak pandai bercinta. Dia sayang tapi dia tak pandai nak balas-balas mesej.

Saya pun redha je lah, biarlah Azal dengan saya selamanya. InsyaAllah semoga Allah permudahkan. Untuk saya, saya tak mengharapkan apa-apa lagi. Saya terima takdir anak saya.”-kongsi Zarina

Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rahmah

Dalam pada itu, pelakon drama Teduhan Kasih ini menitipkan ucapan terima kasih buat Rahmah yang telah hadir membahagiakan anak lelakinya itu biarpun hanya untuk sementara.

“Rahmah dah balik Indonesia, dia pulangkan barang, cuma kenangan manis tetap bersemadi selamanya.

Terima kasih Rahmah tetap hadir membahagiakan Azal walaupun sementara. Kami sayang Rahmah.”-tulis Azal lagi.

Terdahulu, Zarina mendedahkan bahawa Azal dan Rahmah pertama kali bertemu ketka kedua-duanya terlibat dengan festival jualan di Singapura.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*