‘Jambang Dah Buang, Jangan Samakan Aku Dengan Alif Teega Lagi’- Adam Lee

Baru-baru ini, pelakon Adam Lee telah mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik gambar dan dikatakan sama seperti pempengaruh yang sedang hangat diperkatakan, Alif Teega.

‘Jambang dah buang’

Terbaharu, menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram, Adam atau nama sebenar Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee memaparkan imej barunya.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen yang ditulis oleh Adam yang menyatakan dia sudah membuang jambang di wajahnya.

Pelakon drama ‘Bidadari Salju’ itu turut memberi amaran kepada netizen untuk tidak menyamakan dirinya dengan Alif Teega.

Jambang dah buang. Dah, jangan samakan aku dengan dia lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 29 tahun itu turut menambahkan tanda pagar bahawa ini adalah Adam Lee.

‘Jangan sama per4ngai’

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan hantaran yang dimuat naik Adam. Malah ada yang menyatakan biarlah sama jambang asalkan perangai Adam tidak sama sepertinya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut memberitahu bahawa Adam jauh lebih kacak berbanding pempengaruh tersebut.

Sekadar info, Adam telah mendirikan rumah tangga dengan Sweet Qismina pada 24 Oktober tahun lalu.

Sumber: Instagram

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*