[VIDEO] Meremang Tengok! Setelah 28 Tahun Mening4l Dunia, Nike Ardilla ‘Bertemu Kembali’ Melly Goeslaw

Teknologi hari ini telah menyatukan penyanyi dan komposer terkenal Indonesia Melly Goeslaw dan Allahyrhamah Nike Ardilla. Dua sahabat sejati ini, yang memulakan karier nyanyian sejak kecil, telah berjaya mencapai pelbagai pencapaian menerusi lagu hits masing².

Walaupun Nike telah pergi meninggalkan kita buat selamanya pada tahu 1995, Melly Goeslaw telah memutuskan untuk mengeluarkan single terbaharu. Ia berjudul “Bertemu Kembali” yang dilancarkan secara rasmi pada 6 Disember 2023.

Teknologi AI yang canggih
Lagu kolaborasi yang menggunakan teknologi AI yang canggih ini mengisahkan tentang keadaan perpisahan yang dipercayai hanya sementara dan tidak kekal.

“Lagu “Bertemu Kembali” ni sebenarnya menceritakan perbincangan aku dengan Nike dulu, bila kahwin sama² macam kahwin besar-besaran, haha.

“Tetapi selepas saya akhirnya bertemu jodoh saya, Nike pergi dahulu dan impian kami dahulu tidak pernah menjadi kenyataan,” jelas Melly.

Pelancaran Muzik Video “Bertemu Kembali” juga sempena meraikan hari lahir Nike Ardilla yang jat0h pada 27 Disember ini. Lagu ini nampaknya merupakan persembahan terindah Melly kepada Nike.

Fakta unik yang terkandung dalam lagu “Bertemu Lagi” ialah gabungan 2 lagu menjadi 1, termasuk lagu Nike berjudul “Duka Pasti Berlalu” ciptaan Dadang S Manaf yang diadun dengan lagu baru ciptaan Melly. Formula ini merupakan teknik baru yang boleh digunakan untuk karya ramai pemuzik hebat di Indonesia yang telah meningg4l dunia.

Menerusi keluaran karya terbaru ini, Melly berkongsi harapan untuk semua pendengar khususnya peminat Allahyrhamah Nike Ardilla,

“Semoga lagu ini dapat mengubat kerinduan ramai peminat Nike baik yang lama mahupun yang baharu. Biarpun ini menggunakan vokal arw4h daripada lagu sebelum ini, kerana gubahan dan susunan baharu, ia mampu menjadi sebuah karya baharu yang boleh dinikmati. Semoga ada perisa baru yang dipersembahkan lagi untuk peminat. Saya juga berharap lagu ini dapat menjadi sumber inspirasi dunia muzik Indonesia dengan memanfaatkan teknologi sebegini untuk mencipta karya yang keren.”

Kem4tian Tr4gis Nike Ardilla Sembunyi 4 Misteri Tak Terungkap!

Nike Penyanyi lagenda Indonesia ini pergi pada usia yang sangat muda, pada tahun 1995 Nike meningg4l dunia semasa usianya 19 tahun akibat kemal4ngan jalan raya. Kemalangan tersebut menimbulkan spekul4si dan khabar angin yang menyatakan kemal4ngan tersebut bukan kemal4ngan biasa, dan sehingga kini orang ramai masih tercari-cari jawapan sebenar apa yang menyebabkan kem4tian idol muda itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*