Selepas Malaysia & Indonesia, Kini Engku Emran Idam Bakal Isteri Dari Korea Selatan?

Selepas gagal dalam tiga perkahwinan sebelum ini, bekas suami kepada selebriti Erra Fazira, Laudya Cythia Bella dan usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran berseloroh mahu mencari calon isteri berasal dari Korea Selatan.

Bakal isteri dari Korea?

Engku Emran secara berseloroh meluahkan hasrat itu ketika membalas komen daripada penyanyi Alif Satar yang memujinya kelihatan bergaya persis seorang oppa (lelaki Korea) pada sebuah hantaran di Instagram.

Nak cari isteri Korea pula lepas ni bro. Oleh kerana saya tidak faham wanita mungkin memahami wanita mungkin tidak faham dengan apa yang mereka katakan sepenuhnya.

Bagaimanapun pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu menganggap apa yang dibalas Engku Emran itu sekadar gurauan antara mereka sahaja.

Untuk info, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira, namun bercerai tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya.

Engku Emran kemudian berkahwin dengan selebriti Indonesia iaitu Laudya Cythia Bella pada September 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Selepas itu, Engku bertemu jodoh dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai pada September lalu.

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*