Bapa Anak Autisme Mohon Ntizen Berhenti Tduh Ibu Zayn Rayyan Cuai – ‘Kalian Tiada Anak Begitu Tak Akan Faham’

KEMATlAN kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sejak Selasa meruntun emosi rakyat Malaysia.

Anak istimewa berusia enam tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak berny4wa di sebatang sungai kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Selain keluarga dan orang terdekat, pemergian Zayn Rayyan turut ditangisi pempengaruh media sosial dikenali sebagai Khairul Abdullah yang membesarkan tiga anak istimewa.

Salah seorang daripadanya turut menghidap autisme.

Khairul yang membesarkan tiga anak istimewa turut berkongsi luahan di atas pemergian Zayn Rayyan (kiri).

“Berjurai air mata walaupun bukan anak aku, Allahuakbar. Aku juga ada anak autisme, aku ada anak umur enam tahun, aku ayah yang bersendirian membesarkan anak-anak.

“Aku faham betapa ralat dan bersalahnya perasaan seorang ayah dan apatah lagi ibunya. Tengok video ayahnya pengsan dan ibunya menjerit Allahuakbar Allahuakbar sambil menangis memel0k tubuh kecil tak berny4wa tu sangatlah memilukan.

“Tak berhenti air mata mengalir. Tragis,” luah bapa tunggal itu menerusi satu hantaran di Facebook, pada Khamis.

Operasi mencari sehingga membawa kepada penemuan Zayn Rayyan yang sudah men!nggal dunia.

Khairul, 48, membesarkan tiga anak lelaki iaitu Khaleef, 9, Khaleel, 8, dan Khaleed yang berusia enam tahun selepas kem4tian isterinya Marleena Abdul Manaff akibat jangkitan kuman dalam darah.

Khaleef menghidap peny4kit j4ntung, autisme dan Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) manakala Khaleed pula sejak kecil sering mer4ung pada waktu malam dan anak bongsunya mempunyai sindr0m bisu terpilih.

Namun, Khairul menyeru semua pihak tidak mempersalahkan ibu Zayn Rayyan di atas kehilangan kanak-kanak austitik itu sehingga membawa kepada kem4tian.

“Aku mohon janganlah kalian salahkan ibunya, jangan sesekali. Elakkan komen ‘cuai’, ‘kerana kecuaian’ dan sebagainya. Tuduhan cuai itu seolah menikam dan membnuh ibunya pula. Kalian yang tiada anak autisme, kalian takkan faham,” ujarnya.

“Dia memang tidak mahu diganggu dan tidak mahu dijumpai oleh sesiapa. Jadi kalau dipanggil tidak akan sahut. Dia hanya akan menutup telinga dan berdiam diri sehingga emosinya kembali stabil dan dia dah okay.

 

Sebagai bapa yang berpengalaman membesarkan anak autisme, kata Khairul kanak-kanak istimewa mudah ‘tantrum’ disebabkan keinginan tidak dipenuhi apabila dia gagal mengawal emosi dan tidak melakukan stimming.

“Anak aku juga begini. Dia akan menghilangkan diri, cari tempat yang tersembunyi dan terkepung (confine space) untuk dia duduk berdiam dan regulate emosinya dengan melakukan stimming.

“Dia memang tidak mahu diganggu dan tidak mahu dijumpai oleh sesiapa. Jadi kalau dipanggil tidak akan sahut. Dia hanya akan menutup telinga dan berdiam diri sehingga emosinya kembali stabil dan dia dah okay.

Tiga anak lelaki yang dibesarkan Khairul selepas kem4tian isteri.

“Kalau panggil, kalau jerit pekik, lagilah dia tutup telinga dan berdiam diri sebab ‘sensory overload‘. Dia akan memilih untuk terus menutup telinga dan berdiam diri. Sukar untuk mencari anak autisme seperti anak aku ini jika dia memilih untuk lari dan bersembunyi,” ceritanya berdasarkan pengalaman sendiri.

Justeru, dia menyifatkan kebanyakan anak autisme mempunyai cara yang sama untuk melepaskan emosi apabila keinginan tidak dipenuhi.

“Mereka juga adalah pantas, untuk hilang, ia perlukan masa hanya beberapa saat. Anak aku Khaleef sejak kecil sudah banyak kali hilang di tempat awam. Tak sampai 5 saat boleh hilang begitu sahaja.

“Bukanlah aku cuai, tetapi aku ada tiga anak kecil yang semuanya aku kena tengok seorang diri. Ada kalanya, bagi tumpuan ekstra 5 saat kepada anak ini, anak itu pula hilang,” tambahnya.

Tiga anak istimewa dijaga Khairul dengan penuh tanggungjawab.

Jelas Khairul lagi, ibu Zayn Rayyan sudah pastinya menjaga anaknya dengan baik, malah menunaikan hajat si anak dibawa ke taman.

“Namun ibu perlu pulang dengan tangan pula penuh barang perlu dijinjing dan tangan anak perlu dilepaskan. Detik beberapa saat itulah Zayn Rayyan hilang. Innalillahiwainnailaihirojiun.

“Semoga Allah beri kekuatan yang luar biasa kepada ibu dan ayah Zayn Rayyan untuk tenang dan reda atas kejadian yang berlaku. Semoga Allah kurniakan ganjaran syurga atas ujian yang diberikan terhadap mereka. Semoga Zayn Rayyan sedang bergembira di taman syurga,” katanya lagi.

Berhentilah menghuk0m, ambil iktibar atas apa yang berlaku… belajar mengenal sifat anak-anak autisme.

KHAIRUL ABDULLAH

BAPA ANAK-ANAK ISTIMEWA

Dalam pada itu, Khairul turut mengingatkan masyarakat supaya berhenti menghuk0m ibu bapa yang menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa.

“Untuk kita semua, berhentilah menghukum. Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Belajar mengenal sifat anak-anak autisme, belajar memahami struggle ibu ayah yang membesarkan anak-anak aut1sme serta anak-anak kelainan upaya yang lain.

“Sama-sama kita sebagai ahli masyarakat mengambil berat terhadap keperluan orang di sekeliling kita. Semoga kita semua lebih cakna dan lebih empati,” katanya.

Khairul berkongsi pengalaman sebagai bapa tunggal.

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dipercayai dibvnuh di lokasi lain sebelum may4tnya diletakkan di sungai tempatnya ditemukan, malam Rabu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, perkara tersebut diperoleh hasil bed4h sias4t yang dilakukan terhadap kan4k-kan4k berkenaan.

Terdahulu, mStar melaporkan Zayn Rayyan yang hilang sejak Selasa tengah hari ditemukan men1nggal dunia di sebatang sungai pada puk0l 10 malam Rabu.

Sebelum itu, mngsa dilaporkan hilang sejak Selasa dan kali terakhir dilihat di alamat Apartment Idaman di Damansara Damai pada pukul 12 tengah hari.

Sumber mstar via  catatan terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*