Makcik Kemboja menangis, sedih anak masih muda terpaksa ‘terjer4t’ dalam kontr0versi

Usahawan sensasi, Mariyah Yaakob, 47 yang dikenali sebagai Makcik Kemboja menangis, memohon maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsyam disebabkan terjer4t sama dalam isu kenyataan ‘orang Melayu malas’.

Makcik Kemboja menangis, mohon maaf kepada anak

Menerusi hantaran di TikTok, Makcik Kemboja berkata anak lelaki tidak seharusnya terjebak dalam isu kontroversi tersebut kerana usianya masih mentah dan terlalu muda untuk menghadapi masalah kini. Dia bagaimanapun berharap agar Ezuan kuat menghadapi ujian hidup.

Dalam hantaran yang sama, dia juga menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah dan perlu kuat demi pekerja-pekerja yang memerlukan dirinya.

“Saya minta maaf pada Ezuan, anak saya sebab telah tarik awak dalam masalah ini. Saya minta maaf sangat-sangat pada Ezuan. Saya rasa tak sepatutnya tarik Ezuan di usia yang begitu muda dalam masalah ini.
“Tapi saya harap, Ezuan kuat dan Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu. Saya kena kuat untuk anak-anak saya. Kena kuat pekerja-pekerja saya yang masih mengharapkan sumber rezeki daripada syarikat saya,”katanya.

Tak boleh tidur malam fikir nasib anak

Dia juga mengakui tidak boleh tidur malam disebabkan memikirkan nasib anaknya yang terpaksa melalui tempias kec4man netizen dan masalah yang timbul disebabkan kenyataannya baru-baru ini.

Sambil menyeka air mata, wanita itu memeluk anaknya sambil menghadiahkan kucupan hangat seorang ibu.

“Ibu semalam takleh tidur, fikir kenapa aku jadi ibu.. anak aku, aku tarik dalam masalah. Dia terlalu muda untuk melalui semua ujian ini”luahnya.

Makcik Kemboja kemudiannya ditenangkan oleh anak lelaki dan meminta agar tidak menyalahkan diri sendiri.

Ujarnya, dia tidak mahu melihat ibu bersedih dan akan sentiasa bersama dengannya pada setiap masa, tidak kira waktu susah atau senang.

“Saya kuat macam ibu, saya kan anak Mariyah. Ibu jangan sedih. Saya sentiasa dengan ibu.
“Kita akan lalui bersama, segala kebenaran itu akan terbukti nanti,”pujuknya.

Dalam pada itu, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada para pelanggannya yang menghantar pesanan terus (DM) serta mendoakan dirinya agar terus kuat

 

@mariyahholdingsmadam kena kuat, ibu kena kuat ❤️♬ Sad – Enchan

Sebelum ini, media melaporkan Makcik Kemboja dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah atas satu pertu duhan memuat naik suatu pernyataan di aplikasi TikTok seakan mengapi-apikan masyarakat Melayu sekitar pertengahan November lalu dan didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Kes eksaan.

Selain Mariyah, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22 juga did4kwa dan mengaku tidak bersalah atas pertu duhan di bawah Sek syen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) serta boleh dihuk0m di bawah Seksyen 233(3) akta sama

Ekoran kontroversi tersebut, perniagaan usahawan berketurunan Kemboja yang beroperasi sebagai syarikat jahitan pukal dikenali Mariyah Holdings Sdn. Bhd telah terjejas teruk akibat p4ndemik tempoh hari dan belum pulih sehingga kini ditambah kontr0versi yang berlaku.

Sumber: TikTok @mariyahholdings

Sumber omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*