[VIDEO] Mak Cik Kemboja Men4ngis Mohon Maaf Pada Anak – ‘Saya Tak Patut Tarik Ezuan, Dia Masih Muda’

Usahawan sensasi yang dikenali sebagai Mak Cik Kemboja memohon maaf kepada anak lelakinya, Ezuan Hafsyam disebabkan terpalit sama dalam lsu mengeluarkan kenyataan orang ‘Melayu malas’.

Mohon pada anak.

Menerusi hantaran di TikTok, Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob berkata anaknya itu tidak seharusnya terjebak dalam isu tersebut disebabkan usianya yang masih muda.

Saya minta maaf pada Ezuan, anak saya sebab telah tarik awak dalam masalah ini. Saya minta maaf sangat-sangat pada Ezuan.

Saya rasa tak sepatutnya tarik Ezuan di usia yang begitu muda dalam masalah ini

Tapi saya harap, Ezuan kuat dan Allah tahu apa yang tersirat dalam hati ibu.

Saya kena kuat untuk anak-anak saya. Kena kuat pekerja-pekerja saya yang masih mengharapkan sumber rezeki daripada syarikat saya.

Dalam perkongsian sama, Mak Cik Kemboja dilihat gagal menahan air mata sambil memeluk anaknya itu.

Menurutnya, dia tidak boleh tidur malam disebabkan mengenangkan nasib anaknya.

Saya tidak boleh tidur sebab fikir kenapa jadi ibu yang tarik anak sekali dalam masalah ini

Dalam pada itu, anak Mak Cik Kemboja berkata dia tidak mahu ibunya bersedih dan akan sentiasa bersama dengannya dalam waktu susah mahupun senang.

Saya kuat macam ibu, saya kan anak Mariyah. Ibu jangan sedih. Saya sentiasa dengan ibu.

Kita akan lalui bersama, segala kebenaran itu akan terbukti nanti.

Pada Khamis lalu, Mak Cik Kemboja dan anak lelakinya yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mend4kwa orang ‘Melayu malas’ mengaku tidak bersalah di M4hkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.

Video:

 

Sumber: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*