[VIDEO] Izara Aishah Dipuji Netizen!-“Aura Dia Ni Mahal Betul, Takda Dekat Mana² Selebriti”

Pasti semua mengenali pelakon wanita Malaysia yang cukup terkenal dengan kecantikkan dan keanggunannya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih mesra disapa Izara Aishah. 

Izara Aishah kini aktif di media sosial miliknya terutamanya di instagram dan tiktok. Dia Sering membuat live di tiktok untuk menunjukkan cara-cara memakai tudung sambil menjual cardigan dan tudung jenamanya sendiri.

“Gaya Tidak Pernah Mengecewakan & Nampak Mahal”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Izara Aishah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 79 ribu, tanda suka sebanyak 7067 dan sebanyak 100 komen

Di dalam video berkenaan, memaparkan Izara Aishah yang menghadiri suatu majlis yang dianjurkan oleh Rizman Ruzaini dan mengenakan busana serba hitam, menunjukkan dirinya diambil gambar ketika menghadiri di majlis berkenaan.

Rata-rata netizen memuji gaya Izara Aishah yang tampak luar biasa setiap kali dia mengayakan sesuatu pakaian. Mereka juga mengatakan bahawa, aura Izara Aishah tersangat mahal yang tidak mungkin akan ada pada selebriti lain.

“MasyaAllah suka tengok dia dari dulu, sopan, hope one day sis pon boleh jadi lembut cam dia, ni tak asyik berperang je dengan anak”

“Elegant betul laa”

“Lagu ni sesuai dengan orangnya, memang cantik”

“Setakat ini, fesyen berhijab yang izara pakai paling indah sekali”-kata mereka.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izara Aishah (@izaraaishahofficial)

Apa-apa pun, tidak kisahlah berpakaian seperti mana sekalipun, yang penting haruslah mengikut syariat islam. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*