“Dia sayang tapi tak pandai balas mesej” – Anak Zarina Zainuddin putus cinta, wanita Indonesia pulangkan cincin dan gelang

PERCINTAAN di antara Muhammad Raizal Azrai atau Azal dengan wanita asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah putus ditengah jalan.

Ibu Azal pelakon Zarina Zainuddin, 53, mendedahkan sikap anak lelakinya itu yang tidak pandai bercinta membuatkan Rahmah tawar hati.

Zarina berkata, tindakan Azal yang tidak membalas mesej dihantar membuatkan Rahmah berasa tidak dihargai malah ingin mengembalikan cincin yang dihadiahkan kepadanya.

“Azal lupa dengan saya ya? Tak pernah ada khabar. Nanti saya kembalikan cincin yang Azal kasi ya

Rahmah memulangkan sebentuk cincin dan gelang yang pernah diberikan Azal kepadanya

“Patutlah Rahmah pulangkan cincin dan gelang yang Azal kasi… Azal tak pandai bercinta

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Dia sayang tapi dia tak pandai nak balas mesej,” katanya.

Zarina berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada pagi Jumaat

Dalam hantaran tersebut, Zarina turut berkongsi beberapa video yang memaparkan gelagat Azal dan juga Rahmah serta barang kemas yang dipulangkan wanita berkenaan.

Zarina bagaimanapun memuji sikap Rahmah yang memulangkan kembali barang-barang yang telah dia berikan kepada wanita berkenaan.

Dia juga berterima kasih kepada Rahmah kerana pernah membahagiakan anaknya.

“Rahmah dah balik ke Indonesia, dia pulangkan barang cuma kenangan manis tetap bersem4di selamanya.

“Terima kasih Rahmah hadir membahagiakan Azal walaupun sementara. Kami sayang Rahmah,” luahnya

Zarina menyifatkan Rahmah sebagai seorang wanita yang baik.

Memahami kekurangan anaknya itu yang menghidap autisme, Zarina berlapang dada sekiranya anaknya tidak berjodohan dengan wanita berkenaan dan kekal membujang selamanya.

“Saya pun dah reda sajalah biarlah Azal dengan saya selamanya.

“Saya tak mengharapkan apa-apa lagi, ada adalah, tak ada pun saya terima takdir anak saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Azal dan Rahmah mula rapat apabila sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura pada September lalu

Sumber via TTK

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*