“Kami Mahu Penonton Enjoy The Show” – Mierul Aiman

Pelakon Mierul Aiman, atau Mohamad Amirul Aiman Norazam, memberikan penjelasan mengenai adegan ci0man antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem dalam drama “W Two Worlds”, yang telah mencetuskan perasaan kurang senang di kalangan warganet. Beliau menekankan bahawa setiap babak dalam drama tersebut melalui proses perbincangan sebelum dilaksanakan.

“Pembikinan W Two Worlds sangat-sangat kompleks maksudnya daripada ‘production value’. Pihak produksi meletakkan pelbagai tenaga, bajet..untuk menerbitkan cerita ini…” – Mierul Aiman

“Kami sebagai pelakon dalam drama ini, kami dipandu melalui skrip dan juga arahan pengarah jadi setiap kali babak kami akan ada ‘table talk’. Kita akan melalui proses itu dalam setiap babak seperti mana babak tersebut (adegan ci0m) yang terjadi…” – Katanya

Mierul juga yakin bahawa pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim, dan barisan pelakon telah bekerjasama untuk menjayakan adegan tersebut. Drama tersebut, seperti yang difahami, telah melalui proses penapisan sebelum disiarkan untuk memastikan kualiti yang sesuai dengan penonton.

“Kami percaya ketika masuk ke set penggambaran objektif pertama adalah untuk kita menceritakan apakah babak itu dan ianya perlu disampaikan dengan jelas kepada penonton. Mata penonton adalah mata pengarah…” – Tambahnya

“Saya percaya babak itu mereka ada table talk bersama dengan pengarah dan mereka duduk berbincang tentang bagaimana untuk menjayakan lakonan. Pelbagai lapisan kami lalui sebelum drama itu diterbitkan…” – Tambahnya lagi

Mierul menyampaikan pandangan tersebut semasa sidang media drama “The Cadets” di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Pada usia 25 tahun, aktor ini juga berharap agar matlamat utama penceritaan drama tersebut dapat difahami oleh penonton.

Lihat klip video di bawah

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rekomen Filem (@rekomen_filem)

Sumber: Tiktok, Instagram

sumber via sinetronmalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*