“Kau tu Nur, Muhammad, kau bukan Kim, Park” – Imran Bard Sound Cerita Adaptasi K-Drama Raih Sokongan Netizen

Peka dengan isu semasa yang terjadi di media sosial, pempengaruh Imran Bard tampil memberikan pendapatnya mengenai drama-drama tempatan yang dikatakan terikut-ikut drama Korea.

Kenyataan yang diberikan menerusi IG Story miliknya itu dikongsikan semula oleh netizen lain di TikTok.

Imran Bard menegaskan bahawa di Malaysia sendiri sudah ada penulis yang bagus dan hebat, jadi, dia persoalkan kredibiliti pihak-pihak tertentu yang terlalu gemar adaptasi drama Korea ini sebagai modal untuk menarik perhatian penonton kita.

Malah, Imran Bard juga pelik kenapa kita perlu terbawa-bawa budaya luar dalam lakonan di Malaysia sampaikan babak yang tiada sensitiviti dalam budaya negara kita ini sanggup dibuat.

“Orang ci0m, kau nak ci03m, orang tu main, kau nak main, kau kena ingat kau tu Nur, kau tu Muhammad, kau bukan Kim, kau bukan Park

 

@busrahamani Bukan setakat budaya tapi agama yaa…Agree with you ✅. Kau tu Nur & Muhamad bukannya Kim & Park, Ken atau Barbie. Well said imran. #imranbard #wtwoworlds #syurgaitubukanmudah #dramamalaysia ♬ original sound – Busni – BusrahAmani

Dalam masa kurang daripada 20 jam video ini telah dimuat naik, ia telah meraih lebih daripada 700K jumlah tontonan. Rata-rata netizen menyokong kenyataan Imran Bard dan ada juga netizen yang terhibur dengan kata-katanya, tetapi masih ada isi

Hujung minggu lalu, sebuah drama yang diadaptasi daripada drama Korea lakonan Daiyan Trisha dan Hun Haqeem telah mendapat perhatian rakyat Malaysia susulan babak ci0m ‘berlapik’ antara kedua-dua pelakon itu.

Ia sekaligus telah dikecam hebat oleh netizen Malaysia kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara kita.

Sumber : TikTok

Sumber Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*