[VIDEO] Netizen Dah Penat Tazkirah Kak KM Isu Baju S3ksi – ‘Nasihat Dah, Tegvr Dah, Kita Tengok Pengakhirannya Nanti’

Imej s3ksi yang digayakan usahawan kontr0versi, Liana Rosli sekali lagi menjadi topik bualan hangat wargamaya di media sosial.

Menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok, Liana atau mesra dengan sapaan Kak KM dilihat mengenakan baju jenis dress berwarna hitam.

 

Bagaimanapun, baju tersebut kelihatan agak seksi disebabkan bahagian dada dan bahu yang agak terdedah.

Selain itu, bahagian bawah baju tersebut juga dilihat terbelah hingga ke bahagian paha.

Turut sama dalam video berkenaan, beberapa wanita dipercayai adik beradik Kak KM serta ibunya iaitu pelakon senior, Normah Damanhuri.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berasa tidak terkejut dengan penampilan usahawan tersebut.

Menurut netizen, mereka sudah penat menasihati Kak KM memandangkan ini bukan kali pertama dia tampil dengan imej sedemikian

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang mendoakan agar Allah melembutkan hati Kak KM.

VIDEO

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*