Kerap tunai umrah, Puteri Sarah anggap Tanah Suci tempat ‘healing’ sambil beribadah

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana menganggap Tanah Suci tempatnya ‘healing’ sambil beribadah menunaikan umrah dan juga muhasabah diri.

Kerap tunai umrah

Hal tersebut dikongsikan selebriti berkenaan di media sosial, apabila menjawab persoalan sesetengah pihak yang melihatnya kerap menunaikan umrah.

Ramai yang tanya kenapa asyik pergi umrah je ? Berapa kali pergi umrah? Takde limit pun. This is my rezeki. This is my healing place sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri,” tulisnya

 

Puteri Sarah kali pertama ke tempat ‘healing’ seorang diri

Difahamkan, pelakon drama Ratu Lori itu telah ke Tanah Suci seorang diri buat pertama kalinya dan bersyukur kerana segala urusannya dipermudah.

Dia juga mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana sudah membacakan doa-doa yang dikirim orang ramai melalui direct message (DM) dan WhatsApp di hadapan Kaabah.

 

Puteri Sarah selesai tunai umrah

Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah kerana akan kembali ke Tanah Air selepas selesai menunaikan ibadah berkenaan.

“Selamat tinggal Baitullah, Aku akan tetap taat kepada pemilik Baitullah,”ujarnya.

Bekas isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof itu kerap ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah sejak masalah rumah tangganya menjadi perbualan ramai di media sosial kira-kira dua tahun kebelakangan ini.

Dia yang sebelum ini turut membawa anak-anak ke sana nampaknya memilih untuk pergi seorang diri untuk kali ini dan menganggap keberangkatannya ke Mekah serta Madinah adalah rezeki daripada Allah S.W.T.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*