Anniversary ke-10 Che Ta bagi hadiah ‘double line’ untuk Zain Saidin

Selepas 10 tahun membina rumah tangga bersama, sudah tentu aktres Rozita Che Wan merancang untuk meraikannya dengan suami, Zain Saidin.

Dilihat dalam perkongsian Che Ta memberikan hadiah double line kepada suaminya Zain,sempena hari ulangtahun mereka ke 10 .Double line yang diberikan Che Ta sudah tentu membawa maksud kehamilan anak kedua namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Double line itu rupanya Che Ta disahkan positif Co vid-19, semalam.

Video

Perancangan menyambut ulangtahun perkahwinan pelakon yang juga usahawan  itu tergendala apabila dia disahkan positif C0vid-19,

Semua sudah siap, termasuk tempahan lokasi majlis, solekan dan busana. Tapi malangnya, semalam ketika melakukan ujian kendiri C0vid-19, keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu v1rus ini datang kembali.

Katanya, meskipun semua persiapan sudah siap dia terpaksa menangguhkan majlis itu disebabkan angka kes positif C0vid-19 sekarang yang makin meningkat

Tambah aktres berusia 50 tahun itu, dia enggan merisik0kan dirinya dan keluarga serta tetamu dan memilih untuk menunda majlis berkenaan sehingga sembuh.

Cerita Che Ta, dia berasa sedikit lemah dan sukar untuk tidur malah batuknya juga agak teruk. Dalam pada itu, dia sempat mengingatkan orang ramai untuk tidak mengambil mudah dengan v1rus itu.

 

Sumber Beautifulnara

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*