“Liza Hanim Pun Buat Yang Terbaik Tapi..” – Jaclyn Victor Sedar Kemenangan Dipertikai, Minta Netizen Bertenang!

Penyanyi dan juga juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor mengakui ramai yang mempertikaikan kemenangannya pada malam tadi.

Ini berikutan ramai netizen di media sosial menganggap bahawa penyanyi liza hanim lebih layak menyandang gelaran juara kerana persembahannya yang dirasakan lebih mantap.

Ujar Jaclyn, sudah menjadi adat sesebuah pertandingan apabila ada pihak yang menang dan sebaliknya selain memohon netizen untuk bertenang.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Saya harap peminat boleh bawa bertenang, bukan saya yang berikan markah. Saya sendiri pun berserah saja. Tapi ini rezeki dalam pertandingan.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga berpendapat bahawa persembahan Liza Hanim sangat baik namun dirinya bukanlah  juri yang menentukan pemenang dalam ASGV.

Liza pun buat yang terbaik malam ini tapi saya tak tahu apa kriteria permarkahan juri. Saya minta maaf. Saya sayang Liza dan semua peserta yang lain.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Persembahan final ASGV malam tadi menyaksikan Jaclyn Victor membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 berserta beberapa hadiah sampingan dan juga trofi.

Manakala tujuh peserta lain juga menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000 setiap seorang dan trofi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*