Stres Berjaga 24 Jam Tanpa Dibantu Suami, Ibu Berpantang Sanggup Reka Cerita Anak Hil4ng

Sepasang suami isteri di Indonesia membuat laporan p0lis selepas sedar akan kehil4ngan anak mereka, Muhammad Daffa yang baru sahaja berusia 12 hari pada 12 November lalu.

Rupanya tidak diculik.

Memetik lap0ran Tribune News, ketika kejadian Daffa difahamkan terjaga kira-kira jam 12 tengah malam kerana tersentak mendengar bunyi anj1ng yang menyal4k. Secara kebetulan, bayi tersebut juga telah membuang air besar.

Menyedari perkara tersebut, ibunya yang bernama Alika lantas bangun menukar lampin dan memberikan susu badan sebelum menyambung lena di malam hari.

Tidak lama selepas itu, Alika dibangunkan oleh suaminya yang menyedari kehilangan anak mereka yang tiada di tempat tidur.

Mereka kemudiannya melap0rkan kejadian tersebut kepada pihak p0lis namun hasil siasatan yang dibuat mendapati anak kehil4ngan anak mereka itu adalah rekaan yang dibuat Alika semata-mata.

Stres jaga anak seorang diri.

Selepas perbuatannya itu berjaya dibongkar, Alika mengakui dia telah menyerahkan anaknya itu kepada saudaranya untuk dijadikan sebagai anak angkat tanpa izin dari suaminya.

Menurut Alika, dia berasa tidak mampu untuk menjaga Daffa seorang diri ditambah pula dengan tekanan ketika dalam proses berpantang.

Tambah ibu muda itu lagi, tindakannya itu adalah untuk membantu suaminya mengukuhkan lagi ekonomi mereka sekeluarga.

Saya tertekan di rumah kerana depresi, baby blues (perasaan sedih ada awal berpantang) serta mahu membantu suami menguruskan kewangan keluarga.

Saya berbuat demikian kerana takut anak kami terkena tempiasnya maka saya menyerahkan kepada saudara saya yang kebetulan masih belum mempunyai anak.

Sementara itu, pihak p0lis melaporkan Daffa telah pun dipulangkan ke pangkuan Alika dan suaminya selepas saudara mereka mula resah apabila mengetahui kehilangan bayi tersebut disabitkan sebagai kesalahan jen4yah mencu.lik.

Pihak p0lis juga telah memanggil beberapa orang saksi termasuk Alika bagi membantu sias4tan.

Sumber: Tribune News

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*