[VIDEO] CURlGA Tak Disentuh Lepas 3 Hari Berkahwin, Rupanya Suami Adalah Wanita

Semestinya apabila pasangan yang baru sahaja berkahwin, perasaan cinta dan sayang semakin bertambah antara satu sama lain. Kalau boleh nak spend time bersama-sama tanpa mengira waktu.

Lain pula yang terjadi kepada satu pasangan dari Indonesia yang baru berkahwin ini apabila pengantin lelaki tersebut rupa-rupanya adalah seorang wanita. Penyamaran itu terb0ngkar selepas pengantin perempuan itu cur1ga kerana ‘suaminya’ tidak menyentuh dirinya selepas tiga hari berkahwin

Minta kad pengenalan, tapi…

Pada mulanya ketua kampung Cianjur, Abdullah mendengar khabar berita mengenai seorang lelaki yang mahu meminang seorang wanita di kampungnya. Difahamkan, majlis perkahwinan itu bakal diadakan besar-besaran sehingga membuatkan ketua kampung itu berasa curiga.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan lelaki itu dan meminta kad pengenalan namun lelaki itu berdalih dan mengatakan kad pengenalannya telah diambil oleh ibunya yang tidak merestui perkahwinan mereka.

Disebabkan perkara itu, pihaknya menolak untuk memproses pernikahan itu walaupun lelaki itu ada menawarkan sejumlah wang demi mendapatkan kelulusan perkahwinan.

Tak dapat kelulusan tapi boleh kahwin?
Beberapa hari selepas itu, Abdullah mendengar khabar lain bahawa pasangan itu sudah bergelar suami isteri dan pernikahan itu dilaksanakan di rumah pengantin perempuan.

Pernikahan itu juga berlangsung dengan lancar dan pasangan pengantin mengenakan busana baju melayu dan baju kurung.

Namun, timbul pula isu lain apabila mengetahui lelaki itu meminjam wang daripada penduduk kampung itu untuk melangsungkan perkahwinan. Jadi, berlaku pergaduhan sehingga lelaki itu dibawa ke pejabat daerah untuk menyemak identitinya.

Baru tahu pengantin tu ‘lelaki jadian’
Apabila disemak, rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang wanita asal Kalimantan. Dia memalsukan identitinya demi menikahi kekasihnya. Abdullah berkata bukan pihaknya sahaja tertipu bahkan keluarga mempelai wanita juga tidak tahu identiti sebenar lelaki itu sebelum berkahwin.

Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka terhenti di situ sahaja kerana pasangan itu sama jantina.

Fuh.. sanggup dia tipu identiti sebab nak kahwin dengan kekasih!

Sumber: Detik Jabar, tvonenews, infociranjang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*