Jebat pun ‘happy’! Sharnaaz Ahmad bercuti dengan bekas isteri, kekasih raih pujian ramai

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad berkongsi video percutian bersama kekasihnya, Amelia Christie dan bekas isteri Noor Nabila serta anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad sehingga meraih pujian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sharnaaz memuat naik satu video memaparkan dia sedang bersiar-siar di Tokyo, Jepun bersama Amelia, Nabila dan Jebat

 

Pada mulanya, video berdurasi 23 saat itu memaparkan Jebat sedang memegang tangannya sebelum melepaskan lalu berjalan ke arah Nabila

Kanak-kanak berusia lima tahun tersebut kemudian memel0k ibunya seketika sebelum berjalan ke arah Amelia bagi memeluk kekasih baharu bapanya pula.

Menerusi video itu juga, mereka dilihat sangat gembira dengan meluangkan masa bersama selain terhibur dengan telatah Jebat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Sharnaaz dan Nabila yang mengutamakan anak mereka walaupun sudah lama berpisah.

Dalam pada itu, ada juga netizen mencadangkan kepada ibu bapa yang sudah bercer4i supaya mencontohi tindakan pasangan berkenaan

Namun begitu, terdapat juga segelintir individu mninggalkan nasihat kepada netizen yang mahu Sharnaaz dan Nabila kembali bersama untuk menghormati perasaan Amelia.

Sementara itu, menerusi satu InstaStory, Amelia juga memuat naik video memaparkan dia sedang berjalan bersama Nabila lalu mencapai tangan dan memegangnya. Perkongsian tersebut turut dikongsi semula oleh Sharnaaz dan Nabila

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada Mac 2017 namun bercer4i tiga tahun selepas itu. Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad & Amelia Christie

Sumber via omm

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*