Ayda Jebat Syukur, Selamat BersaIin Anak Kedua – “Sekarang Mommy And Dadaa Back To Zombi World”

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengucapkan rasa syukur selepas selamat melahirkan anak kedua pada Selasa.

Berita gembira itu dimaklumkan Ayda menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua… Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan.. Terima kash atas semua doa kalian.

“12.12.2023… (Tak ada sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan jadi b4yi comel itu sedang memegang jari Ayda.

Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata pengikut juga turut mengucapkan tahniah kepada Ayda dan suaminya, Nabil Mahir.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.

Sumber Gempak,via TTK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*