[VIDEO]Selesai periksa rumah, polis bawa keluar dua kotak

Petaling Jaya: Kira-kira dua jam menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, pasukan F0rensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat keluar dengan membawa dua kotak.

Difahamkan, kotak berkenaan berkemungkinan berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembun0han kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang may4tnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartmen itu, Rabu lalu.

Lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.

VIDEO

Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan yang berketinggian empat tingkat.

Usaha media untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut proses itu terhalang selepas tidak dibenarkan mendekati kawasan mahupun berkumpul di hadapan blok.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pemeriksaan rumah ke rumah yang dilaksana malam ini, bagi mengumpul bahan bukti yang boleh membantu sias4tan kes.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bed4h sias4t menemukan keced3raan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

May4t Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam 6 Disember lalu

Kredit HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*