“Zayn Rayyan anak kandung saya” – Zaim Ikhwan jawab tudvhan hanya bapa tiri

KETIKA semua pihak masih bersedih dan buntu tentang motif pembun0han Zayn Rayyan Abdul Matiin, timbul pula cerita tidak baik berkaitan salasilah anak autism itu

Di media sosial, netizen berteka-teki tentang identiti sebenar bapa k4ndung kanak-kanak malang itu berdasarkan maklumat perib4di yang ditularkan

Enggan membiarkan perkara itu terus berlarutan, bapa kanak-kanak itu iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 28, akhirnya bersuara

Ujar Zaim kepada mStar, dia bukanlah bapa tiri kepada anak syurga berkenaan seperti yang didakwa banyak pihak

Zaim bersama arw4h Zayn Rayyan.

Sebaliknya tegas Zaim, Zayn Rayyan adalah anak kandungnya hasil perkongsian hidup dengan isteri, Ismanira Abdul Manaf, 28.

“Arw4h memang anak kandung saya. Dia tiada bapa tiri.

“Zayn Rayyan memang anak saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Sebelum ini tular dakwaan kononnya Zaim bukanlah bapa kandung Zayn Rayyan hanya berdasarkan nama penuh kanak-kanak itu.

Namun Zaim berharap perkara itu tidak perlu dijadikan isu kerana dia dan isteri serta ahli keluarga yang lain masih bersedih dengan kehilangan Zayn Rayyan.

“Apa yang saya boleh cakap dia (Zayn) adalah anak kandung saya.

Arw4h memang anak kandung saya… dia tiada bapa t1ri.

ZAIM IKHWAN

BAPA

“Berkenaan isu yang saya ni adalah bapa t1ri Zayn, ia tak tak benar,” tegasnya lagi.

Mengulas tentang kes, Zaim berkata dia sekeluarga berdoa dan terus berharap agar pihak polis dapat menjejaki pembun0h anaknya dengan segera.

Pada Selasa malam, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa keluar dua kotak besar selepas selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor.

Ahli keluarga Zayn Rayyan (depan, kanan).

Difahamkan ia berisi bahan bukti bagi membantu sias4tan kes pembunvhan kanak-kanak istimewa yang may4tnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartment itu pada 6 Disember lalu

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pemeriksaan rumah ke rumah yang dibuat pada Selasa bertujuan untuk mengumpul bahan bukti yang boleh membantu sias4tan kes.

Untuk rekod, kem4tian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bvnuh selepas bed4h sias4t menemukan keced3raan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

May4t Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira puk0l 10 malam.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*