Sedar ramai wanita tak suka lelaki buncit, Iqbal Zulkefli nekad mahu pot0ng usvs

Usahawan sensasi yang juga pempengaruh, Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dirinya kini sanggup menghabiskan wang ringgit kepada individu yang menawarkan perkhidmatan pot0ng usvs kepadanya.

Menerusi hantaran dikongsikan di platform Instagram Story, dia yang juga pelatun lagu Hujan berkata, idea tersebut tercetus selepas dia membaca komen yang ditinggalkan oleh wanita di luar sana yang tidak mahu lelaki ‘perut buncit’.

Oleh itu, Iqbal  sanggup membayar kos perubatan yang tinggi ‘pot0ng usus’ selepas mengetahui wanita suka lelaki kurus.

“Saya mencari orang yang boleh pot0ng perut saya dengan segera. Saya mahu kurus segera dan tujuannya demi kesihatan yang lebih baik
“Saya terbaca komen wanita di luar sana, lebih suka lelaki kurus. Saya usahakannya seberapa banyak kos pun saya sanggup. 

 

Justeru itu, dia meminta mana-mana pihak yang mengetahui mengenai pembed4han itu agar segera menghubungi dirinya.

“Kebetulan saya ada masa terluang minggu hadapan. Secepat mungkin, ini serius. 
“Siapa boleh pot0ng perut, tolong hubungi saya,”tulisnya.

Sementara itu, memetik temubual Iqbal bersama mStar, dia juga mendedahkan ‘aset’ lelaki yang dimilikinya turut terjejas dan mengecil sejak berat badannya naik.

“Saya perasan, apabila gemuk ini memang membuatkan aset kita (kem4luan) kecil.
“Dulu saya ingatkan gemuk ini comel. Tetapi, sekarang saya lihat semula.. jalan pun sudah seperti penguin. Dalam masa sama, saya mahu kurus segera dan tujuannya demi kesihatan yang lebih baik,”ujar Iqbal.

Sumber omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*