PU Riz syukur, rezeki Neelofa melimpah ruah sebab taat suami & patuh syariah

Pencetus Ummah (PU) Riz pendakwah yang juga suami kepada Neelofa meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira dengan pelantikan isterinya sebagai duta jenama antarabangsa bagi stroller dan kerusi kanak-kanak, Hamilton, baru-baru ini.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, dia percaya berkat ketaatan isteri terhadap dirinya membuatkan rezeki ‘orang rumah’ kesayangannya melimpah ruah.

Ini kerana Neelofa yang juga pelakon dan usahawan berjaya memikat banyak jenama besar yang melantik dirinya sebagai duta, biarpun kini berniqab.

“Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat ketaatan kepada suami dan menjaga syariah.
“Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa yang diterima isteri,” katanya.

Sewaktu ditemui dalam sidang media di majlis pelantikan duta hamilton, selebriti berusia 34 tahun itu menyatakan keterujaannya dengan kerjasama tersebut.

“Saya berasa sangat gembira dengan pelantikan ini, dan lebih lagi saya teruja untuk berkongsi dengan ibu bapa di luar sana bagaimana produk berkualiti mampu menjadikan kehidupan seorang ibu bekerja seperti saya lebih mudah diurus dan perkalanan lebih menarik dan indah.
“Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan dan berharap agar yang terjalin ini mampu memberikan kejayaan dan impak positif,” katanya.

Neelofa yang juga mempunyai dua orang cahaya mata merupakan duta yang terbaik bagi hamilton kerana orang ramai dapat mengaitkan diri mereka dengan kehidupan keibubapaan usahawan itu

Sumber via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*