[VIDEO] Panas Setiap Kali Bersama, Ucop Dan Isteri Terkena SlHlR Pemisah- Orang Terdekat Tak Senang Tengok Bahagia

Usop mendedahkan pernah terkena s1hir pemisah sampai hubungannya bersama isteri iaitu Nur Fatihah Md Hashim jadi ‘panas’.

Kata Usop atau Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 25, perbuatan syirik itu dipercayai dilakukan oleh orang terdekat yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka berdua.

“Saya dapat melihat sendiri perubahan pada isteri. Jika kami bersama, asyik ‘panas’ dan dia selalu nak mar4h. Bergaduh biasa berlaku dalam rumah tangga, tetapi dalam k3s kami ini ia berpanjangan.

“Saya mendapatkan nasihat ustaz dan dikatakan kami terkena sihir pemisah. Ada orang terdekat yang kurang senang melihat kejayaan dan kebahagiaan kami berdua,” katanya kepada mStar pada Khamis.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop (@usopofficial)

Tambah Usop, kejadian yang berlaku sekitar tahun 2022 itu turut memberi kesan kepada perniagaan kedai makanan miliknya yang terletak di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Malah disebabkan perbuatan itu juga dia terpksa menanggung kerugian besar sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan operasi premis berkenaan.

Lepas isteri saya bersalin anak pertama pada November tahun lalu, kejadian ini bertambah teruk. Ada pelanggan yang kata kedai kami tutup sedangkan ia beroperasi seperti biasa.

“Nilai jualan yang awalnya boleh mencapai RM10,000 hingga RM20,000 sehari terus jatuh. Ada ketika hanya dapat RM200 sahaja. Saya terpaksa guna duit sendiri untuk bayar gaji pekerja.

“Atas nasihat seorang guru, kedai tersebut terpksa ditutup awal 2023 selepas lebih kurang enam bulan beroperasi. Saya reda dan percaya ada rezeki kami di tempat lain,” ujarnya.

Disebalik dugaan yang dilalui, Usop dan isteri bagaimanapun kuat mempertahankan hubungan mereka dan sentiasa mencari jalan terbaik menyelesaikan setiap masalah antara mereka.

Penyanyi ini turut berkongsi berita gembira isteri kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki tiga bulan.
“Allah dah janji sentiasa ada rezeki untuk umatnya. Syukur isteri kini sedang hamil.
“Sepanjang awal kehamilan ini ada juga dia alami alahan teruk. Saya terpaksa bangun pagi buatkan ais krim goreng kerana dia mengidam,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop (@usopofficial)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*