[VIDEO] Gelagat Ustaz Azhar Idrus Bersama ‘Anak Syurganya’ Bermain Buaian Raih Perhatian Ramai!

Ustaz Azhar Idrus ialah seorang penceramah bebas yang dikenali ramai di Malaysia. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya yang amat bersahaja, serta diselit dengan jawapan pekat dengan loghat Terengganu.

Beliau juga sering disebut-sebut sebagai penceramah yang terkemuka di Malaysia mahupun penceramah di luar negara kerana dengan kebolehan beliau, menjawab semua soalan dari penonton ceramahnya dengan tepat. Beliau juga dikenali sebagai pakar usul fiqh dan Tok feqah

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Seminggu selepasnya berkahwin pada tahun 1990, Ustaz Azhar mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau sendiri pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah atau pondok guru berkenaan.

“Melayani & Menghiburkan Anak Syurganya”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sos!al tiktok milik @ikhwannajmi7 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta, tanda suka sebanyak 82 ribu dan sebanyak 982 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ustaz Azhar Idrus sedang menhayun buaian yang dinaiki anak syurganya yang dikenali sebagai Mukmin. Mukmin juga merupakan anak bongsu lelaki kepada Ustaz Azhar Idrus.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Mukmin bersama ayahnya. Mereka juga mengatakan bahawa beruntung menjadi seperti adik Mukmin kerana disayangi ramai serta telah dijamin syurga buatnya.

“Patutla ada debgar ceramah dia jawab pasal anak istimewa. Patut la cara dia jawab tu macam dia faham, dia alami jugak rupanya”

“Untung Ustaz ada anak istimewa”

“Bagus dia, selalu ikut Ustaz g ceramahg mana2. Alhamdulillah semoga sihat sentiasa yea mukmin”-kata mereka.

Apa-apa pun, semoga Ustaz Azhar Idrus bersama keluarganya dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*