“Athira cinta pertama saya ,terima segala kekurangan dan terima saya seadanya.” – Hafidz Roshdi

“Dia cinta pertama saya.”

Itu reaksi pelakon Hafidz Roshdi yang mengesahkan dirinya kini bergelar suami kepada wanita yang dikenali sejak berusia 15 tahun, Athira Yuhada, seperti dikongsi dalam hantaran Instagram (IG), pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu akhirnya memperisterikan Athira yang sebelum ini didkwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri

“Athira cinta pertama saya. Kami berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya jadi suami sekali lagi. Insya-Allah, saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Hafidz berkata, Athira menerima dirinya seadanya. Hafidz juga enggan berfikir mengenai komen negatif yang dilayang susulan pernikahannya itu.

“Athira terima segala kekurangan dan terima saya seadanya. Saya juga tak mahu ambil kisah apa orang cakap. Biarlah apa mereka nak cakap,” katanya.

Selepas selesai akad, tetamu dilihat bersorak beramai-ramai menunjukkan keterujaan atas pernikahan merpati dua sejoli itu.

Dalam majlis bertemakan serba putih tersebut, Hafidz menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.

Sebelum ini, tular kad undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira tanpa mendedahkan butiran lanjut selain memaklumkan tarikh majlis.

Ketika gosip mengenai hubungan mereka, pada Julai lalu Hafidz menegaskan antaranya dengan wanita terbabit sekadar kawan, selain menegaskan mereka tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.

Bahkan, wanita berkenaan juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan Hafidz pada Februari lalu iaitu sebaik Nurul Shuhada mendedahkan keintiman mereka.

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercer4i talak satu pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.

Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Sumber BH

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*