“Itu hajat dia, pilihan dia. Baguslah..” Pernikahan Hafidz dan Athira bukti Shuhada tak pernah men!pu.

Pelakon Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada telah bernikah pada jam 8.15 malam Jumaat di Glenmarie, Shah Alam.

Menurut bekas suami kepada Nurul Shuhada Shukri itu berkata, dia telah berkawan dengan Athira sejak usia 15 tahun dan wanita itu merupakan cinta pertamanya.

Hafidz selamat bergelar suami kepada Athira pada Sabtu.

Berkata kepada Berita harian Hafidz merasa bersyukur dalam diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi suami dan berharap akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

“Athira cinta pertama saya, kami berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta. Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan kami,” katanya.

Tambahnya, dia enggan mengambil pusing mengenai apa yang orang ramai sedang bercakap tentang mereka.

Sementara itu, Nurul Shuhada turut mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya itu. Malah mendoakan kebahagian buat pasangan berkenaan.

“Saya Tumpang Gembira Tapi Itu Bukti Saya Tak Pernah Men1pu..” – Shuhada Ucap Tahniah Atas Pernikahan Kedua Hafidz Roshdi.

Susulan berita perkahwinan aktor Hafidz Roshid dan Athira Yuhada yang berlangsung pada Jumaat malam itu, bekas isteri kepada pengantin lelaki itu hanya mampu mengucapkan tahniah kepada pasangan baru tersebut.

Kata Shuhada, perkahwinan yang telah rasmi itu merupakan bukti bahawa selama ini dirinya tidak pernah memberi kenyataan yang tidak benar berkenaan isu keretakan rumah tangganya sebelum ini. Namun, dia hanya turut gembira atas berita itu.

Itu hajat dia, pilihan dia. Baguslah, harap yang terbaik saja dalam hidup mereka.

Saya tumpang gembira dan pernikahan itu bukti saya tak pernah menipu sebelum ini. Tahniah di atas pernikahan kedua.

Pada masa yang sama, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak akan menghalang ayah mereka dan isteri barunya untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Katanya, itu bergantung kepada mereka namun Shuhada berkata setakat ini kedua anaknya itu belum bersedia untuk berjumpa ayahnya mahupun Athira.

Sebelum ini, Shuhada sempat mendakwa bahawa wujudnya orang ketiga iaitu Athira di tengah hubungannya bersama bekas suaminya sebelum memutuskan untuk bercer4i enam bulan lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*