“Seperti ci0man terakhir” – Ntizen lndonesia Dkwa Lalat Di Dahi BCL JeImaan Arw4h Suami

Baru baru ini berita penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan gelaran BCL yang melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangan pilihan baharunya, Tiko Aryawardhana telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

Majlis pernikahan yang dilihat serba mewah itu dihadiri kenalan rapat daripada kalangan artis dan keluarga terdekat, termasuk keluarga dari Allahyrham suaminya, Ashraf Sinclair.

Dalam pelbagai foto yang dikongsi rakan-rakan BCL semasa majlis pernikahannya, netizen tertumpu kepada satu foto yang dimuat naik Maia Estianty ini.

 

Netizen Indonesia mendakwa seekor lalat yang berada dekat dengan dahi BCL bukanlah seekor haiw4n biasa, tetapi ia adalah j3lmaan Allahy4rham Ashraf Sinclair.

Dalam foto itu, Maia bergambar bersama-sama dengan BCL dan suami baharunya, mungkin selepas selesai majlis pernikahan yang berlangsung pada 2 Disember lalu.

Ada yang mengatakan lalat di dalam foto itu mungkin j3lmaan arw4h suami yang memberi kuc0pan terakhir untuk isterinya.

Melihat hal itu menjadi topik hangat, ada yang meminta Maia untuk memuat naik foto lain yang lebih ‘sempurna’.

Bagaimanapun, Maia menerusi laporan Suara.com mengatakan dia hanya mempunyai dua keping foto bersama BCL dan Tiko.

“Ini sebenarnya salah saya bila upload gambar kami bersama. Sebenarnya saya cuma ada dua keping foto dengan BCL dan Tiko jadi saya upload sahaja.

“Saya tidak edit atau apa jadi memang tidak perasan kalau ada lalat dirakamkan. Terus ada yang memberi komen berbaur mistik.

“Saya ini orangnya berfikir logik. Jangan macam-macam. Itu lalat. Hanya lalat yang mahu masuk dalam foto bersama,” katanya

Yang aneh-aneh saja komennya…

Sumber: Instagram, Suara

Sumber LM

Apa Kata Anda

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*